Sekian lama menyepi dr blog....berabad rasanya tiada mencoret kata....mood menulis baru muncul menyapa minda dan mengarahkan jemariku menyusun kata dan ayat....
Aku berhenti kerja di Zet** pada akhir Januari 2010...dan berada sepenuh masa di rumah menjalankan aktiviti aku online business...memasak...sehinggalah Mac 2010 aku mendapat surat tawaran kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia....dan pd akhir May 2010 aku mendaftarkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan ditempatkn di PUSAT BEKALAN FARMASI NEGERI.Maka bermulalah episod aku sebagai seorang KAKITANGAN AWAM yg selama ini cuba kugapai walaupun hanya berpangkat sebagai Pen. Peg...namun rezeki aku cuma itu buat masa ini..alhamdulillah...aku bersyukur kerana walaupun usiaku mencecah 30-an masih ada lagi peluang untuk aku menjadi penjawat awam.
Setibanya di Negeri Bawah Bayu ini..aku gentar dan gerun kerana inilah kali pertama aku menjejak kakiku di Sabah. Ke mana harus aku tuju....siapa harus aku jumpa...apakah aku boleh tinggal di tempat orang..? begitu banyak persoalan bermain di otak....mujurlah suamiku banyak memberi sokongan padaku. 2 hari aku di KK, mencari rumah sewa yang sesuai utk aku dan ank2. Di KK ada seorang kawan kepada kawanku..Suhaili kawan kepada K.Pae menemaniku dan memberi arah jalan untuk aku mencari rumah yg aku telah listkn dr servey di internet. Namun semuanya tidak berkenan dihati suamiku.Maklumlh untuk keselesaan dan keselamatan aku dan ank2. Akhirnya kami mencuba nasib buat kali terakhir...cuba berpusing2 sekitar sembulan kerana aku nampak kawasan melayu di situ. Akhirnya suamiku singgah di Grace Court cuba bertanya pd security, rezeki kami kawan kpd guard tuh ada satu rumah nk disewakan. Terus kami minta alamat rumah itu. Kami terus menujui rumah yg dimaksudkn namun jenuh kami menanti di pagar rumah,kalau ditengok rumah macama rumah hantu,Tetapi oleh karana kawasan yg sdh berkenan,suamiku mahu mengrenovate dan menjadikn baru.aku mulanya tdk bersetuju kerana rumah itu mmg bukan rupa rumah.Lama kami menunggu tuan rumah,namun tiada juga....RUPA-RUPANYA...kami TERSILAP RUMAH.Rumah yang sebenar cantik.Lega hati kami. Kami terus say YES pd owner tuh, BOY Shahril dan dia jugak berkenan menyewakan kpd kami padahal semasa kami tiba di rumah itu sdh ada orang melihat2 dan mahu menyewa. Rupanya sdh 5 orang mahu menyewa namun BOY jugak rasa berkenan dgn kami...Akhirnya perjanjian dibuat,pembayaran dibuat dan suami banyak melakukan perubahan warna dan wiring supaya nampak sedap dimatanya. Kami terus pergi mencari perabot, perkakas elektrik dan segala kelengkapan rumah kerana kami akan dtg dlm masa seminggu lagi bersama ank2.Selepas berjaya mendapat rumah yang selesa, 15 minit ke tempat kerja, dekat dgn taska dan kawasan yg aman,kami mencari taska utk ank2.Kami pergi ke TASKA ISLAMIAH HADANAH dan terus bersetuju menghantar ank di situ.
Rupanya bukan mudah utk berpindah di tempat orang yg kita tk pnh jejaki, Namun syukur Allah memudahkan perjalanan aku dan urusan aku. Alahmdulillah...
Seminggu selepas itu aku,suamiku dan dua anak daraku datang berhijrah ke Kota Kinabalu. Aku dihantar oleh jiran aku ILA, adikku LIA, anakku HAZEEM. Sedihnya terasa...namun demi tugas aku berkorban jua....mencuba hidup di tempat orang.
Akhirnya bermula kisah aku di KK...Sabah.
No comments:
Post a Comment