Saturday, March 21, 2015

Setelah 9 tahun baru kembali

Last posted 2009...6 year after,..barulah dapat balik dashboard
Aku rindu sangat
Rindu pena untuk menari
Di pentas dashboard

Saturday, October 29, 2011

Drama Pincang Seorang Pengecut.

Dunia ini mementaskan drama yang luarbiasa tetapi masih biasa pada aku.Biarlah pementasan itu terus berlangsung,jangan hentikan..kenapa hentikan jua?pementasan di belakang tabir bukanlah cara yang berani dan jujur,itu adalah pementasan sumbang,drama pincang seorang pengecut.Pengecut itu tidak sesuai dalam dunia realiti..tetapi sampai bila mereka mahu berfantasi..akulah yang akn merobohkan pentas fantasi pengecut itu dan membuka tirai biar dunia tahu siapa pengecut yang suka berdrama di belakang pentas..sungguh pincang.
kasihan aku melihat sang bunga mengharap datangnya sang kumbang..kasihan aku melihat sang kumbang takut keluar dari sangkar..sungguh kasihan sebab aku bukanlah kejam untuk terus menyeksa.Telah kubiar sangkar terbuka tanpa berkunci malah tidak kututup pintu sangkar namun mengapa sang kumbang tidak menerbangkan dirinya,hanya mengendap dalam kegelapan.Namun akhirnya kegelapan itu kususluhkan cahaya..ku lepaskan kumbang namun mengapa masih tidak mahu berganjak..tidak mahu terbang ke sana..pergilah...jangan masih di sini.Aku tidak ingin melihat lagi sang kumbang yang membuatkan sang bunga yang hampir layu itu terus menanti.Aku pasti boleh bersendirian tanpamu sang kumbang kerana aku hidup di dunia yang nyata dan tidak pernah bermimpi untuk berkhayal dalam kegelapan sehingga terpaksa mendustai segalanya...
pergilah....pergi dari hidupku..serik aku terus begini..pergilah sahaja..

Tuesday, May 17, 2011

Bernokhtah sebuah perasaan.

Kehadiran...pemergian...
Kewujudan..kehilangan...
Kesetiaan..kecurangan..
Kecintaan..kebencian..
Kerinduan..kealpaan..
semuanya ironis kehidupan...pasang surut silih berganti..
yang tetap hanyalah aku...dan kehidupanku
di mana terpatri ketabahan,di situ kan ada penyelesaian..
di mana dikabuti kelemahan,di situ kan ada kekecewaan..
harus di mana aku bertapak?
meneruskan perjalanan yang mungkin dipenuhi duri duri pendustaan yang tiada ternampak..
atau
berhenti di persimpangan memilih jalan bersendirian...
kekeliruan ini yang menjadikan nafas cinta terhenti, buih kecewa membuak, berdesir angin kebencian..
di mana keimanan selama ini tertanam dalam diri?dimana?
di mana kekuatan selama ini berpacak teguh?dimana?
di mana keutuhan cinta selama ini disemai?dimana?
di mana segalanya tentang kita?di mana?di manakah semua itu?
keimanan...ia hilang ditelan pasiran syaitan yang menyedut...
kekuatan...ia hilang dirempuh badai cemburu..
keutuhan cinta..ia hilang dirobohkan cinta antara dua...
hilang segalanya kerana noda duniawi..kerana cinta yang berbelah bagi...
namun...tiada yang lain selain Dia yang memberi dugaan ini mampu menentukan..
siapa aku...di mana kedudukanku...ke mana halaku...
dari itu pasrah aku pada ketentuanNya...
berserah aku pada apa jua yang ditakdirkan..
hanya kumohon sebagai hamba yang naif, diberikan hidayah dan petunjuk..
dikurniakan hikmah atas segala ujian dan dugaan..
yang pasti hati ini sudah kosong...hampa...telah bernokhtah....
telah berhenti berharap...
Apakah kan datang kembali...
aku tidak pasti...

hilang di

Wednesday, April 27, 2011

aku bukanlah seperti aku yg dulu...di mana jiwaku yang dulu..

aku disini masih menggapai impian..masih meniti perjalanan khidupan,masih disepoi angin bayu,masih berpanas terik mentari,masih kesejukan dilimpahi hujan,masih bernafas dengan izinNya..namun di mana aku yang dulu?ke mana hilang segalanya semangat aku..kekuatan aku..?aku bukan seperti ini..aku bukan selemas sekarang..namun aku manusia biasa..hambaNya yang diberi ujian demi ujian...dalam mencari keberkatan hidup ini..tapi mampukah aku jd seperti aku yang dulu..sekuat,secekal dulu??itulh persoalannya...haruskah aku menjadi seperti dahulu..bertahan,tabah,cekal...mungkin iya dan mungkin tidak lagi....kerana mungkin tidak itu adalah lebih baik daripada terus menjadi siulan taufan kencang kenhidupan..aku redha padaMu atas apa jua yang kau berikan padaku sebagai hambaMu...cuma kini...aku lebih pasrah,berserah dan mengalah pada apa sahaja yang kau tentukan..tidak lagi ada kekuatan untuk aku mencari sebutir harapan.aku lemah..aku akui.aku redha padaMu..dengan apa jua mendatang.aku tdk lagi berdaya dan sekuta dahulu.aku lemas dalam ujian ini..aku redha ya rabbi.hikmahnya hanya ada pada ketentuanMu...dalam jiwaku,hatiku..sudah tiada kekuatan..tiada daya..tiada harapan.Hanya padaMu kuserah segalanya.

Thursday, September 2, 2010

Perjalanan 2010

Sekian lama menyepi dr blog....berabad rasanya tiada mencoret kata....mood menulis baru muncul menyapa minda dan mengarahkan jemariku menyusun kata dan ayat....

Aku berhenti kerja di Zet** pada akhir Januari 2010...dan berada sepenuh masa di rumah menjalankan aktiviti aku online business...memasak...sehinggalah Mac 2010 aku mendapat surat tawaran kerja di Kementerian Kesihatan Malaysia....dan pd akhir May 2010 aku mendaftarkan diri di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan ditempatkn di PUSAT BEKALAN FARMASI NEGERI.Maka bermulalah episod aku sebagai seorang KAKITANGAN AWAM yg selama ini cuba kugapai walaupun hanya berpangkat sebagai Pen. Peg...namun rezeki aku cuma itu buat masa ini..alhamdulillah...aku bersyukur kerana walaupun usiaku mencecah 30-an masih ada lagi peluang untuk aku menjadi penjawat awam.


Setibanya di Negeri Bawah Bayu ini..aku gentar dan gerun kerana inilah kali pertama aku menjejak kakiku di Sabah. Ke mana harus aku tuju....siapa harus aku jumpa...apakah aku boleh tinggal di tempat orang..? begitu banyak persoalan bermain di otak....mujurlah suamiku banyak memberi sokongan padaku. 2 hari aku di KK, mencari rumah sewa yang sesuai utk aku dan ank2. Di KK ada seorang kawan kepada kawanku..Suhaili kawan kepada K.Pae menemaniku dan memberi arah jalan untuk aku mencari rumah yg aku telah listkn dr servey di internet. Namun semuanya tidak berkenan dihati suamiku.Maklumlh untuk keselesaan dan keselamatan aku dan ank2. Akhirnya kami mencuba nasib buat kali terakhir...cuba berpusing2 sekitar sembulan kerana aku nampak kawasan melayu di situ. Akhirnya suamiku singgah di Grace Court cuba bertanya pd security, rezeki kami kawan kpd guard tuh ada satu rumah nk disewakan. Terus kami minta alamat rumah itu. Kami terus menujui rumah yg dimaksudkn namun jenuh kami menanti di pagar rumah,kalau ditengok rumah macama rumah hantu,Tetapi oleh karana kawasan yg sdh berkenan,suamiku mahu mengrenovate dan menjadikn baru.aku mulanya tdk bersetuju kerana rumah itu mmg bukan rupa rumah.Lama kami menunggu tuan rumah,namun tiada juga....RUPA-RUPANYA...kami TERSILAP RUMAH.Rumah yang sebenar cantik.Lega hati kami. Kami terus say YES pd owner tuh, BOY Shahril dan dia jugak berkenan menyewakan kpd kami padahal semasa kami tiba di rumah itu sdh ada orang melihat2 dan mahu menyewa. Rupanya sdh 5 orang mahu menyewa namun BOY jugak rasa berkenan dgn kami...Akhirnya perjanjian dibuat,pembayaran dibuat dan suami banyak melakukan perubahan warna dan wiring supaya nampak sedap dimatanya. Kami terus pergi mencari perabot, perkakas elektrik dan segala kelengkapan rumah kerana kami akan dtg dlm masa seminggu lagi bersama ank2.Selepas berjaya mendapat rumah yang selesa, 15 minit ke tempat kerja, dekat dgn taska dan kawasan yg aman,kami mencari taska utk ank2.Kami pergi ke TASKA ISLAMIAH HADANAH dan terus bersetuju menghantar ank di situ.
Rupanya bukan mudah utk berpindah di tempat orang yg kita tk pnh jejaki, Namun syukur Allah memudahkan perjalanan aku dan urusan aku. Alahmdulillah...
Seminggu selepas itu aku,suamiku dan dua anak daraku datang berhijrah ke Kota Kinabalu. Aku dihantar oleh jiran aku ILA, adikku LIA, anakku HAZEEM. Sedihnya terasa...namun demi tugas aku berkorban jua....mencuba hidup di tempat orang.
Akhirnya bermula kisah aku di KK...Sabah.

Tuesday, February 24, 2009

Marriage Words...

Marriage is that relation between man and woman in which the independence is equal, the dependence mutual, and the obligation reciprocal.

Marriage is more than four bare legs in a bed.

The most happy marriage I can imagine to myself would be the union of a deaf man to a blind woman.

The best part of married life is the fights. The rests is merely so.

Love is blind -- marriage is the eye-opener.

Marriage is the triumph of imagination over intelligence. Second marriage is the triumph of hope over experience.




























Puitis Kata..sehalus bicara

Selingkar kasih sehangat nafasmu...
Menyelimutiku...tiada kurasa dingin salju...
Bahang asmara memanah arjunaku...
Membenam perasaan sepiku..
Aku terkedu..
Aku terharu..
Aku keliru..
Antara cinta dan nafsu..
Namun hanya kau dan aku yang tahu..
Setusuk dalam hati saling beradu..
Beradu kasih menitis dikalbu
Ironis hanya kita yang tahu...
Aku hanya mahu..
Kau tahu..
Cinta sedang beradu..
Kasih sedang berpadu..
Biarlah terus menikam kalbu..
Pasti nanti semadi ke akhir waktu...
Hanya kau dan aku...