
NASI BERLAUK BROKOLI HALIA
Sepinggan nasi putih panas
Brokoli dipotong
5 inchi halia dimayang halus
4 ulas bawang putih diketuk
3 ulas bawang merah dimayang
Lada hitam segar
Caranya-:
Bawang putih dimasukkn ke dalam kuali bersama bawang merah,goreng tanpa minyak hingga mengeluarkan bau dan garing
Kemudian masukkan halia dan biarkan sehingga garing,masukkan sedikit air
Tambahkan garam dan sdikit perisa.
Akhir seklai,masukkan brokoli dan kacau sekejap sahaja agar brokoli tidak hancur dan rangup dimakan.
hidangkan bersama nasi putih dan ada hitam segar.

NASI GORENG KERINGAT PELUH
Semangkuk nasi putih yang telah diletakkan dlm peti ais seketika
3 inchi halia dimayang halus
3 ulas bawang putih
2 batang serai dihiris halus
2 ulas bawang merah kecil dimayang
sedikit lada hitam ditumbuk
Caranya:-
Tumiskan halia,bawang putih,bawang merah,serai,lada hitam dengan sedikit sahaja minyak/marjerin.
Masukkan garam dan sedikit perisa
Kemudian, bila tumisan dah garing, masukkan nasi putih.
Hidang bersama lada hitam segar dari kebun dan bunga kantan.